|
|
| Monday, 31-Jul-2006 05:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kilang Hak Hwee Sdn Bhd banjir lagi?
|
|
BANJIR LUMPUR DI BUKIT BAKRI
Oleh aizan73@yahoo.com
MUAR 31 Julai - Kejadian banjir lumpur yang pernah melanda kawasan perindustrian Bukit Bakri Batu 7 1/2 pada Mac dan April yang lalu berulang kembali hari ini.
Hujan renyai yang bermula kira-kira jam 3.30 pagi berubah menjadi banjir kilat pada kira-kira jam 4.30 pagi. Ini menyebabkan sebahagian besar pekerja yang tinggal berhampiran bergegas ke kilang untuk cuba menyelamatkan produk dan barangan yang telah siap dan separa siap. Tindakan pantas pekerja-pekerja tersebut telah berjaya meminimakan kerugian pihak syarikat.
Beberapa produk yang dijadualkan akan dieksport pada minggu ini dijangka akan terjejas kerana jadual perkapalan telah ditetapkan dan tidak mungkin akan dapat diubah. Ini kerana produk-produk yang telah siap ini telah menjadi rosak akibat banjir lumpur itu dan memerlukan jangka masa seminggu untuk dikeluarkan semula.
Selain dari peralatan pejabat seperti komputer dan mesin pencetak yang rosak, beberapa mesin pemotong kayu juga terpaksa diperbaiki kerana dimasuki air. Kos pembaikan peralatan ini menelan perbelanjaan yang tinggi dan mungkin tidak dapat diperbaiki langsung.
Kerugian yang terbesar adalah disebabkan reputasi syarikat yang terjejas akibat kegagalan pihak syarikat melaksanakan kontrak mengikut jadual yang dipersetujui sebelum ini. Pihak syarikat mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak pembeli dan mungkin akan kehilangan kontrak seterusnya pada masa hadapan.
Selain itu, pihak pengurusan juga mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan setiap kali berlakunya hujan kerana sentiasa bimbang kejadian banjir ini berulang.
Pengarah Urusan syarikat tersebut, Tan Hup Lian, 37, berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca dari kerja-kerja tanah yang dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju yang beribu pejabat di Pulau Pinang bersebelahan dengan bangunan kilangnya.
Pihak pemaju dikatakan gagal untuk membuat sistem perparitan yang sempurna bagi menampung sebarang pertambahan mendadak jumlah air yang bertakung di tapak projeknya yang luas itu. Parit yang digali oleh pemaju terlalu kecil dan cetek.
Perbuatan pihak pemaju yang menutup dua buah kolam besar yang menjadi takungan semula jadi sebelum ini turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat itu.
Pihak pemaju juga dikatakan menambak tanah di atas tapak projeknya dan menyebabkan aras tanah projek tersebut lebih tinggi dari bangunan-bangunan kilang yang ada disekitarnya.Ini menyebabkan aliran air dan lumpur dari tapak projek tersebut tertumpu ke arah kilang Hak Hwee Sdn Bhd yang lebih rendah dari tapak projek itu.
Pihak syarikat pernah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Muar sebelum ini namun dimana silapnya kejadian banjir kilat itu masih berlaku.
Encik Noraizan Mohd Sharif, 33, yang merupakan Pengurus Sumber Manusia kilang tersebut berkata, banjir kilat itu bukan sahaja menyebabkan kerugian ke atas syarikat tetapi juga menjejaskan pendapatan kira-kira 150 orang pekerja syarikat.
Ini kerana pihak syarikat terpaksa menutup sementara operasi kilang dan terpaksa memberikan cuti tanpa gaji kepada sebahagian besar pekerja bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selama dua hari.
Keadaan ini amat menyulitkan pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama yang bergaji harian.
Nota:
Kejadian Banjir Pertama:
- 31-3-2006 jam 3.45 petang
- Report Polis: 3/4/2006 (No.Report: BAKRI/000360/06)
- Aduan Majlis Perbandaran Muar - 7/4/2006
- Aduan Pejabat Tanah Muar - 7/4/2006
Kejadian Banjir Kedua:
- 6/4/2006 jam 6.55 petang
- Report Polis: 7/4/2006 (No.Report: BAKRI/000382/06)
- Aduan Majlis Perbandaran Muar - 7/4/2006
- Aduan Pejabat Tanah Muar - 7/4/2006
Kejadian Banjir Ketiga:
- 16/4/2006 jam 3.30 petang
- Report Polis: 17/4/2006 (No.Report: BAKRI/000436/06)
Kejadian Banjir Keempat:
- 31/7/2006 jam 4.30 pagi
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-May-2006 06:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Out-station di Putrajaya
|
|
|
Aku ke Imigresen Bahagian Pekerja Asing Putrajaya Presint 2 untuk memperbaharui permit 7 pekerja Myanmar yang telah tamat. Biasanya aku buat di JB tapi disebabkan keputusan Fomema lambat siap, aku terpaksa ke Putrajaya. Kat Putrajaya saja yang cepat keluar keputusannya. Hari ini hari terakhir permit dia orang 'laku'. Kalau lambat sehari aje company aku kena denda RM100 seorang atau RM700 untuk kesemua 7 orang. Banyak tu....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-May-2006 05:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
|
 |
|
Aina (depan) dan Aiman (belakang)
|
|
 |
|
Aiman (depan) dan Imman (belakang)
|
|
 |
|
Imman dan Aina
|
| | View all 4 photos... |
|
|
Adik iparku Normawarni dimasukkan hospital kerana ulser mata. Semuanya gara-gara pakai pencuci 'contact lens' yang diharamkan kerajaan. Patutlah benda tu murah.... rupanya tak bagus. Anak-anakku gembira pergi ke hospital sebab ada permainan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-May-2006 05:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Risik Aiza 13/5/2006
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-May-2006 17:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kat rumahku 2/4/2006
|
 |
|
Aiman bergaya dengan cermin mata
|
|
 |
|
Seronoknya diaorang...
|
|
 |
|
anak-anakku kat atas kereta...
|
|
|
|
Telatah anak-anakku 2/4/2006
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-May-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ke Zoo Melaka 30/4/2006
|
|
|
Dah lama aku tak ke Zoo Melaka. Hari ini aku bawak anak-anakku ke sana.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-May-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kat Tanjung Emas 8/4/2006
|
|
|
Saja jalan-jalan kat Tanjung Emas. Katanya ada ekspo.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Apr-2006 05:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Harta Intelek di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 29/4/2006
|
 |
|
pameran Naza Motor kat Hari Harta Intelek
|
|
 |
|
kat sini aku dapat banyak maklumat pasal Trade Mark
|
|
 |
|
Laman hijau yang dipamerkan
|
| | View all 13 photos... |
|
Aku pergi ke pameran Hari Harta Intelek di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur? Buat apa pergi pameran macam tu?
Sebenarnya aku pergi sebab nak dapatkan maklumat cara-cara nak daftarkan Trade Mark company aku.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Apr-2006 15:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Album Mawi - Doa, Berzanji dan Qasidah Berlagu
|
|
Album Mawi yang terbaru akhirnya menjadi milikku jua.... pastinya anak-anakku adalah orang yang paling gembira dengan kehadiran album tersebut..... World!
Orang Jawa dan Orang Johor pastinya bangga kerana berzanji yang menjadi 'makanan' dan jati diri bangsa di popularkan oleh Mawi....
Semoga laungan dan bacaan yang mengagungkan junjungan kita S.A.W. sentiasa dekat dan lekat di hati kita sebagai seorang yang bergelar muslim....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Apr-2006 15:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Banjir di Bakri Ahad 16/4/2006
|
 |
|
Keratan akhbar Berita Harian 19/4/2006
|
|
|
|
Berita banjir hari Ahad 16/4/2006 kat Bakri hanya keluar kat Berita Harian Edisi Nasional pada hari Rabu 19/4/2006. Tak apalah... biar lambat asal selamat... biar keluar lambat jangan tak keluar langsung.
|
|
|
|